Sunday, 26 January 2014

Al kisah di hujung minggu

Assalamualaikum dan Salam1Malaysia,

Hujung minggu nie, 2 hari lepas adalah cuti taipusam. En suami dah merengek merengek dari minggu sebelum ini lagi minta keluar berjalan.Malas yang amat di samping nak save budjet. Tak habis habis nak save tapi last last habis macam tu je. Ok lah, setelah menteri kewangan mengira budjet bulanan dan segala keperluan diambil kira, makanya en zam pun memandu si sazzy savvy(pun sebab budget minyak and gear auto) ke gemencheh, n9. sebabnya, rindu sangat pada budak comel 3 orang tue. And, next week cik sue nak balik dah.So 3 bulan la xboleh jumpa.Untuk melahirkan anak ke empatnya. Al kisahnya, jam tak ingat sebab bertolak lambat gara gara en zam malas bangun pagi. Ok sesi merajuk terjadi sehingga hampir dia kene tinggal. Padan muka.Dah tahu nak g jenjalan balik lewat lagi. Seronoknya g rumah ayah sue plus cik sue nie sebab anak anak depa comel.Kakak dah besar dengan adik adik 2 orang.Wah..wah...sementara nak ada anak sendiri..menumpang la kasih depa nie. Lagipun boleh g jalan melaka.Cuma this tyme, lupa nak ambil gmbar nak upload kat sini..gmbar 3 beradik ada nie har..tapi gmbar katil baru yang tiga tingkat lupa nak ambil la..nanti tayang lain kali...hihihi...apa lagi patut bagitau..oh pasal jam xhenggat sebab cuti kelepasan am kan..menyebabkan kami switch the road mask jalan kampung fuhh selamat tak jam n sesak nafas jalan dia.boleh jimat kad touch n go tapi makan masa juga la..nasib xsesat..lepas tue saje je ambil hati en zam ckp jom la kita singgah makan masakan negori9 daging salai tue la...dapat la on the way tue..g melaka plak makan kat one western food di ayer keroh..nanti kita share link..boleh la korang pegi sana..tapi rasanya ramai student uitm ker, uthm ke memang slalu makan kat situ sebab harganya tak la mahal..berpatutan harganya..ok lah..nanti kita sambung lagi..jom masak menu untuk suami. ikan singgah the best katanya..
Assalamualaikum xjawab dosa jawab dapat pahala

 










omar yang dah besau and boleh jadi abang


























gambar di pantai...nanti kita cerita yer...xoxo


Wednesday, 15 January 2014

tip menghadapi temuduga

Assalamulaikum dan salam1Malaysia,

Petang ni ada temuduga jadi guru tuiton.kelakar kan..nak jadi guru tuiton pun ada temuduga..huhu...jadi sebenarnya i am not ready anything. xtau la nak jawab apa and also nothing in mind. Sekarang, by the time i post this, i am thinking to cook ikan stim la petang ni.Boleh kan padahal ada interview. Oklah, need to be ready for interview and here some tip for interview.Wish me best of luck
Assalamualikum xjawab dosa jawab dapat pahala

SOALAN LAZIM TEMUDUGA

SOALAN DAN JAWAPAN TEMUDUGA
Menghadiri temu duga adalah sesuatu perkara yang selalu memberi tekanan kepada anda. Betul tak? Walaupun anda telah mengadiri banyak temuduga namun perasaan tertekan itu masih ada lagi dalam diri anda. Jadi langkah yang terbaik untuk mengelakan perkara ini adalah dengan melakukan PERSEDIAAN (Preparations) contohnya mengkaji soalan-soalan yang lazim yang akan ditanya oleh penemuduga serta jawapan yang bertepatan dengan soalan yang ditanya.
Kadang-kadang penemuduga hanya ingin melihat keyakinanan diri anda apabila bercakap didepan mereka walaupun jawapan yang anda bagi tidak begitu tepat. Petua dia, jangan tak jawab soalan. Bercakap dengan jelas, yakin pada diri sendiri. Jangan hanya mendiamkan diri. Nahas ko beb hehe.
Selain itu anda juga harus menyelidik latar belakang kerja yang anda nak pilih, company yang anda nak pilih. Dengan itu anda mempunyai kelebihan dalam menjawab soalan yang ditanya nanti. Berikut adalah beberapa soalan yang famous yang selalu ditanya oleh penemuduga, yang saya pecahkan kepada beberapa bahagian:

1) SEJARAH PEKERJAAN ANDA SEBELUM INI.
Soalan:  Namakan kompeni , jawantan, tarikh masuk dan tarikh berhenti, dan berapa gaji ANDA semasa berkhidmat ditempat kerja yang sebelum ini?
Penerangan:      Anda mungkin terkejut dengan soalan sedemikian. Walaupun soalanya senang tapi boleh mendatangkan masalah juga kalau anda tak boleh jawap dengan betul. Jadi ingat balik semua perkara tersebut dan terangkan secara terperinci seperti yang terdapat pada resume yang anda hantar kepada mereka. Salah Satu cara yang paling mudah adalah sediakan satu nota tetang perkara diatas kemudian kalau boleh hafal dan bawa semasa hari temuduga.

Soalan: Apakah tanggungjawab anda ditempat kerja sebelum ini?
Penerangan:Dalam menjawab soalan ini, anda hendaklah menerangkanya secara khusus tentang apa yang telah anda lakukan sebelum ini dan kaitkan dengan pekerjaan yang anda inginkan sekarang. Apa yang penting disini adalah anda perlu menerangkanya dengan jujur. Jangan menipu. Jangan memandai nak menceritakan tanggungjawab yang padahal anda tak buat.Penemuduga pun tahu raiak muka kita kalau kita tipu. Lagi nahas kalau pihak pengurusan menyelidik latar belakang anda di tempat kerja anda sebelum ini.

Soalan: Apakah cabaran utama yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda mengendalikan masalah tersebut?
Penerangan:Apabila anda ditanya soalan temuduga kerja seperti ini "Bagaimana anda menangani cabaran?" pastikan menyertakan contoh-contoh khusus tentang bagaimana anda mengendalikan situasi yang sukar yang pernah anda alami. Bincangkan bagaimana anda membuat penyelidikan tentang masalah tersebut dan cadangan anda untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Soalan: Apakah yang telah anda pelajari daripada kesilapan anda telah lakukan sebelum ini?
Penerangan: Apabila anda menjawab soalan ini, pastikan anda menukarkan perkara yang negatif kepada perkara yang positif. Contohnya seperti berikut:
#Salah satu perkara penting yang menjadi pengajaran kepada kerjaya dan diri saya ialah Kegigihan. Tidak mudah berputus asa kerana mungkin ada jalan penyelesaian yang mudah yang kita tidak sedar perkara tersebut boleh menyelesaikan masalah kita.
#Saya telah belajar untuk memberikan peluang yang kedua kepada setiap orang, kerana tanggapan pertama kita sering menyebabkan kekeliruan dan tidak tahu perkara yang sebenar yang terjadi.
#saya selalu membuat kerja last minute. Ianya amat menyusahkan daripada membuat kerja dan siap lebih awal daripada dew date.

Soalan   :Apakah yang anda suka dan tidak suka berkerja ditempat lama anda terdahulu?
Penerangan: Apabila anda ditanya dengan soalan “apa yang tidak suka tentang pekerjaan anda sebelum ini, anda jangan terlalu memberi tanggapan yang negatif terhadap perkerjaan anda sebelum ini. Sebabnya ialah mungkin penemuduga beranggapan bahawa anda akan bercakap negatif tentang pekerjaan baru atau syarikat apabila anda sudah bersedia untuk berkerja atau dipilih nanti(jika anda mendapat mendapat pekerjaan yang ditemuduga). Sebaliknya anda perlu bercakap tentang diri sendiri dan memberitahu tentang apa yang anda ingin sumbangkan kepada pekerjaan yang baru. Contoh jawapan dia seperti berikut:
#Saya seronok bekerja ditempat lama bersama-sama dengan rakan-rakan setugas yang saya yang lain. Suasana kerja yang tidak tegang memnyebabkan saya seronok untuk pergi kerja setiap hari. Saya mendapat kepuasan bekerja di tempat kerja lama saya.
#Salah satu sebab saya meninggalkan tempat kerja lama saya ialah kerana ianaya tidak mempunyai banyak cabaran serta mudah untuk saya selesaikan. Saya inginkan cabaran yang lebih daripada itu.
#Saya rasa saya sudah memberi komitmen yang lebih ditempat kerja lama saya, malangnya sejak beberapa tahun saya bekerja disana, masih lagi memegang jawatan yang sama dalam erti kata lain tak naik pangkat.
#Saya rasa kepakaran saya tidak sesuai ditempat kerja lama saya, akan tetapi saya menghargai jasa yang telah saya sumbangkan kepada tempat kerja lama saya.

Soalan   :Pernakah anda bekerja dengan rakan setugas yang anda benci? Jika pernah, bagaimana mana anda uruskan perkara tersebut.
Penerangan :Ya saya pernah bekerja dengan orang sedemikian. Walaubagaimanapun apabila saya melihat dia fokus terhadap kerja dan tahu mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah, saya menghargai apa yang telah dia buat. Kemudian perlahan-lahan perasaan benci saya bertukar menjadi suka walaupun kami tidak berkawan.

Soalan   :Kenapa anda berhenti bekerja ditempat kerja lama anda?
Penerangan:Soalan ini melibatkan dua perkara utama. Pertama jika anda berhenti kerja kerana kerelaan anda sendiri dan yang kedua ialah kerana anda dipecat.
Jika anda berhenti secara suka rela. Jawapan dia seperti berikut:
#Saya berasa bosan bekerja di tempat lama saya kerana kurang cabaran dan tidak bersesuaian dengan bakat yang saya miliki. Saya ingin merasakan kenikmatan berkerja dan saya tidak mahu berkerja secara tidak ikhlas disebabkan faktor saya tidak mempunyai bakat dalam bidang pekerjaan yang saya ceburi. Jadi ianya perkara yang sia-sia sahaja dan berkemungkinan besar mengambil masa yang lama untuk mengecapi kejayaan serta naik pangkat.

SOALAN TEMUDUGA MENGENAI DIRI ANDA
Selain daripada soalan tentang pekerjaan lama anda juga akan ditemuduga berkenaan dengan personaliti anda sendiri. Bagaimana tingkahlaku anda bekerja selama ini. Berikut ada beberapa soalan yang agak famous yang ditanya oleh penemuduga.

Soalan:Apakah kelemahan yang ketara dalam diri kamu?
Penerangan:Apabila anda ditanya dengan soalan sebegini, anda jangan terlalu mendedahkan kelemahan anda yang ketara. Seperti yang saya bagi tahu sebelum ini iaitu cuba tukarkan perkara yang negative kepada positif.Contohnya seperti berikut:
Apabila saya diberi satu tugas, saya akan siapkannya lebih awal daripada jadual yang sepatutnya kerana saya banyak mengambil ikhtibar daripada buat kerja last minute yang sangat menyakitkan.
#Saya sangat mementingkan kersempurnaan dalam kerja yang saya lakukan. Oleh yang demikian saya akan menyemak kerja saya berkali-kali sehingga saya betul-betul puas hati dengan apa yang saya lakukan.

Soalan   :Apakah kekuatan yang ketara dalam diri kamu?
Penerangan :Mungkin soalan ini sangat mudah untuk anda jawab. Cara yang terbaik untuk menjawab soalan ini ialah dengan menerangkan kemahiran dan pengalaman kamu yang berkerja ditempat lain sebelum ini dan kaitkan dengan kerja yang anda pohon sekarang.Contohnya adalah seperti berikut:
#Saya telah mencapai matlamat jualan syarikat setiap tahun dan saya telah diberi bonus diatas pencapaian saya tersebut.
#Saya mahir mengurus masa saya dengan baik, cekap dan teratur sekaligus memudahkan saya untuk memberi tumpuan kepada tugasan yang seterusnya.
#Saya mampu mencari jalan penyelesaian kepada setiap masalah yang sukar kerana saya tahu setiap masalah itu ada cara penyelesaianya yang tersendiri.

Soalan   :Bagaimana kekuatan yang ada pada diri anda boleh membantu anda dalam pekerjaan yang anda ceburi?
Penerangan :Soalan ini adalah soalan susulan daripada asas kekuatan anda tadi. Anda perlu huraikan bagaimana keupayaan tersebut membantu anda dalam berkerja. Jawapan ringkas yang saya syorkan adalah seperti berikut.
#Keupayaan saya yang paling ketara adalah boleh bekerja dengan pelbagai individu yang berbeza agama, bangsa dan budaya. Saya seronok bekerja dengan semua orang yang saya jumpa dan dalam masa yang sama saya akan merapatkan hubungan dengan mereka sekaligus memudahkan saya untuk menguruskan kerja secara berpasukan.
#Saya sentiasa fokus terhadap kerja yang saya lakukan. Saya tidak mencampuradukan kerja dengan masalah personal saya ketika ditempat kerja. Oleh hal yang demikian saya mampu memberi komitmen yang tinggi terhadap kerja saya walaupun sibuk.
#Walaupun saya sibuk dengan pelbagai tugas akan tetapi saya akan sentiasa memastikan kerja yang saya lakukan mengikut dew date yang telah ditetapkan atau sebelum tarikh akhir tugasan diserahkan.

Soalan :Ceritakan seba sedikit tentang latar belakang anda?
Penerangan:Dalam menjawab soalan ini anda harus member jawapan berkenaan dengan jawatan, suasana kerja dan budaya kerja anda sebelum ini. Contohnya seperti berikut:
#Saya enjoy bekerja dan bermesyuarat dengan semua orang dan sentiasa fokus terhadap kerja saya.
#Saya seorang yang berfikiran kreatif. Saya sentiasa mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk setiap masalah yang saya hadapi terutamanya dalam tugasan yang amanahkan kepada saya.
#Saya cekap dalam melakukan tugasan dan membuatkan saya lebih proaktif dalam semua melaksanakan tugasan.

Soalan: :Cuba ceritakan cara kerja anda?
Anda perlu member jawapan yang berpadanan dengan kerja yang anda temuduga sekarang.Berikut adalah cadangan jawapanya:
#Saya sangat fokus, konsisten dan berkemampuan untuk berkerja dengan lebih cepat dan efisen.
#Saya sentiasa menyemak kerja saya supaya kerja saya lakukan itu betul-betul berkualiti untuk kebaikan kepada syarikat saya.
#Saya membuat kerja dengan terancang supaya saya boleh member tumpuan kepada kerja yang seterusnya.
#Saya sentiasa berbincang dengan rakan sekerja yang lain dalam melaksanakan tugasan yang diberi supaya lebih cekap dan efisen.

Soalan:Bagaimana cara anda menangani tekanan kerja?
Penerangan:Dalam soalan ini anda perlu menceritakan pengalaman anda apabila mengalami tekanan. Contoh jawapan mudah adalah seperti berikut:
#Tekanan adalah penting kepada saya kerana dengan adanya tekanan saya boleh melakukan tugasan dengan lebih baik. Cara yang sesuai untuk saya mengimbangi tekanan adalah dengan cara mengasingkan tekanan yang baik dan tekanan yang buruk. Saya perlukan tekanan yang baik untuk kekal bermotivasi dan produktif.
#Saya bertindak berdasarkan Situasi dan bukanya tekanan kerana saya tidak mahu memikirkan tekanan yang menyebabkan prestasi kerja saya menurun.
#Saya bukanlah seorang yang sukar berkerja apabila dalam tekanan. Saya sentiasa fokus dan berusaha untuk menyiapkan kerja saya.

Soalan:Apakah perkara yang dapat memberikan anda motivasi dalam bekerja?
Penerangan:Contoh jawapan adalah seperti berikut:
#Saya adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap kerja dan saya akan memastikan kualiti kerja saya sentiasa terbaik bersama-sama rakan sekerja yang lain. Saya melatih diri saya sendiri untuk bekerja dan siap tepat pada masanya untuk mendapatkan prestasi kerja yang terbaik.
#Saya sentiasa ingin melakukan kerja dengan baik walau apa jua jawatan yang saya sandang. Saya sentiasa ingin cemerlang dalam kerja yang saya buat supaya ianya member kepuasan peribadi saya dan juga majikan saya khususnya.
Actually i take this from one blog tapi lupa la..please forgive me to share this

Tuesday, 14 January 2014

Salam Maulidur Rasul saw

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Salam maulidur rasul. 2014. Lama sangat tak tulis apa- apa. Sekarang dah tak kerja jadi tiba tiba teringat ada blog ni.Hari nie cuti di selangor and of course putrajaya la sebab en suami cuti. And actually sebenarnya public holiday kan.All workers memang cuti la. Semalam dah set dengan en suami nak pergi Masjid Besi ada ceramah bicara addin.So kita orang pergi agak lambat and ceramah start after magrib. Alhamdullilah ramai juga penonton walaupun esok kerja. Tajuk "Rasulullah model wasatiyyah ummah" best sangat sebab panelnya yang pandai interaksi dengan audience. After that, kitaorang pergi makan sebab belum dinner lagi. Asalnya pergi cari printer di The Mines, tapi kedai dah tutup apa lagi en suami minta singgah kat chatime kesukaan dia la.After that, hantar dia jumpa kawan dia and balik rumah sorang la. So, itulah sebab blog nie ada hari ni. Harap esok ada lagi coretan dalam blog nie. Selamat malam
Assalamualaikum, tak jawab dosa kalo jawab dapat pahala... :)


Thursday, 29 November 2012

buah hati En Zam

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,


Dah lama cik ngah nak berblog balik tapi masa xmengizinkan.Wah! konon.Jadi lepas kawin selama 3 bulan 6 hari secara sahnya(walaupun tak buat reception lagi), cik ngah decide nak dedicate blog nie untuk suami tercinta dan sesiapa yang rasa nak baca dan cuba resepi ini yang ada.Simple, nice and delicious. Suami cik ngah nie satu la perangai dia, kalau cik ngah masak, laju jer...entah sedap ker tidak..tapi kalau makan luar...memilih bukan main..En zam, isteri awak masak sedap sangat ker?Nanti boleh la kalau sesiapa ingin mencuba resepi cik ngah nanti..

kenangan reception xhousemate